Omicron: Jangan berlebih takutkan rakyat - Utusan Malaysia

Omicron: Jangan berlebih takutkan rakyat

PENUMPANG Singapore Airlines menjalani ujian saringan ketika menggunakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. – utusan/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan diminta tidak terlalu berlebih atau menakut-nakutkan rakyat tentang penularan varian baharu Co­vid-19, Omicron yang merekodkan kes pertama di negara ini melibatkan pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan seharusnya membuat kajian dan merujuk pakar yang menemukan va­rian itu kali pertama dan mendengar pandangan pakar berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, buat masa ini kerajaan terlalu berlebih-lebih berhubung penularan varian baharu tersebut.

Jelasnya, negara mempu­nyai pakar kesihatan yang boleh dirujuk tanpa perlu 100 peratus bergantung kepada rujukan luar.

Menurut beliau, sebenarnya varian itu dari segi teorinya sudah di penghujung dan kebiasaannya virus apabila bermutasi makin penghujung semakin lemah dan tidak kuat kesannya.

“Memang bersiap sedia dan membuat kawalan awal itu bagus tapi janganlah sampai ke tahap darurat.

“Jangan kita sekadar ambil dan ikut membuta tuli negara seperti Britain. Kita perlu ada ramalan dan kajian kita sendiri melalui pakar-pakar perubatan di negara kita sendiri,” katanya di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN