PETALING JAYA: Sebanyak 530 kilogram (kg) pepejal dan 2,929 liter cecair ketum bernilai kira-kira RM110,000 dilupuskan pada Selasa lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pelupusan melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor itu melibatkan 278 kertas siasatan yang telah selesai melalui proses siasatan dan pendakwaan di mahkamah. Katanya, ia melibatkan lima daerah iaitu Shah Alam, Serdang, Sepang, Gombak dan Hulu Selangor. “Proses pelupusan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard…









