SPRM, polis Selangor erat kerjasama menerusi Pickleball

SPRM, polis Selangor erat kerjasama menerusi Pickleball

MOHD. Azwan Ramli (empat dari kiri) bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Shazali Kahar selepas menjayakan Perlawanan Persahabatan Pickleball di Grand Ralley Pickleball Shah Alam, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor mempererat hubungan kerjasama dengan polis Selangor menerusi penganjuran Perlawanan Persahabatan Pickleball yang berlangsung kelmarin.

Pengarah SPRM Negeri Selangor, Mohd. Azwan Ramli berkata, program berkenaan merupakan inisiatif untuk memperkukuh jaringan strategik antara agensi penguatkuasaan dalam menyokong agenda integriti negara.

Menurutnya, program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan semangat kerja dalam kalangan warga agensi.

“Perlawanan yang berlangsung dalam suasana kondusif, harmoni serta kompetitif ini telah memperlihatkan tahap disiplin, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta.

“Penganjuran perlawanan ini dilihat memberi impak positif yang signifikan kepada kedua-dua organisasi, khususnya dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perlawanan ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Selangor, Datuk Shazali Kahar.

Tambah Mohd. Azwan, program ini turut berperanan sebagai platform interaksi tidak formal yang berkesan dalam memupuk semangat setiakawan, meningkatkan moral dan kesejahteraan warga kerja.

Katanya, nilai-nilai murni seperti disiplin, kepimpinan, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan yang diterapkan melalui aktiviti ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

“Secara keseluruhannya, penganjuran Perlawanan Persahabatan Pickleball ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam mempererat hubungan dua hala antara SPRM Negeri Selangor dan bu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Selangor.

“Program seumpama ini wajar diteruskan secara berterusan sebagai platform strategik dalam memperkukuh integrasi antara agensi, seterusnya menyokong usaha memperkasa tadbir urus yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti dalam perkhidmatan awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN