"Mungkin Upiak rasa kehilangan seorang abang dalam GV" - Fazley - Utusan Malaysia

“Mungkin Upiak rasa kehilangan seorang abang dalam GV” – Fazley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob turut merasa sedih dan terharu apabila salah seorang peserta Gegar Vaganza (GV), Upiak Isil menangis teresak-esak apabila nama Fazley diumumkan tersingkir semalam.

Fazley berkata, Upiak menangis mungkin kerana dia merasa seperti kehilangan seorang abang yang sama-sama berjuang di pentas tersebut.

“Sebenarnya dalam GV, saya paling rapat dengan Bandi Amuk dan Upiak. Upiak ini rapat sebab kami sebenarnya satu kampung di daerah Bukit Tinggi, Indonesia.

“Atuk saya belah ibu memang dari situ dan kebetulan kampung Upiak sebelah-sebelah sahaja. Mungkin dia sedih kerana kehialngan sorang abang dalam Gv ini.

Semalam, Upiak menimbulkan kekecohan di ruang lobi lokasi pertandingan apabila dia kelihatan menangis teresak-esak apabila bertemu Fazley.

Upiak dalam pada masa sama berulang kali memohon maaf dan mengatakan sesuatu yang kurang difahami dek tangisannya.

Sementara itu, Fazley berkongsi, Upiak berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang pertandingan dan banyak meluahkan perasaan kepadanya.

“Upiak pun banyak cabarannya di sini. Banyak masalah dihadapi, jadi dia bercerita dengan saya.

“Banyak masalahnya, jadi saya banyak beri kata-kata semangat, kekuatan dan bantu dia yakin semula apabila dia down pasal baju atau show,” kata Fazley.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.