'Mereka panggil saya Prince Mohammed bin Salman' - Utusan Malaysia

‘Mereka panggil saya Prince Mohammed bin Salman’

USTAZ Ebit Lew menyapa orang ramai di Cabo Frio, Brazil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah menarik ketika berada di Cabo Frio, Rio De Janeiro, Brazil apabila ada yang memanggilnya ‘Prince Mohammed bin Salman’ (Putera Mohammed bin Salman), Putera Mahkota Arab Saudi.

Dalam catatan terbaharunya ketika menjalankan misi kemanusiaan di Brazil, beliau menulis: “Tadi pusing dan sebarkan kasih sayang di Cabo Frio, Rio De Janeiro, Brazil. Ramai senyum dan semua pusing pandang saya. Kami berkongsi rezeki dan berkasih sayang di kawasan pulau di Brazil. Paling terkejut mereka panggil Prince Mohammed bin Salman. Gelak jer saya. Ramai kata mereka tak pernah tengok orang macam saya sampai sini”.

Ustaz Ebit Lew kemudiannya menulis melahirkan rasa syukur apabila ditemukan dengan orang yang baik-baik di kawasan itu.

“Alhamdulillah. Terasa baik orang sini. Semua orang akan tunjuk saya. Bila saya senyum ,mereka akan senyum gembira. Mereka excited betul tengok saya. Itulah Islam. Semua dari Allah. Nabi Muhammad SAW ajar kemana sahaja kita pergi sebarkan salam, beri makan dan bangun malam doa kebaikan buat semua. Kita rasa hormat pada semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN