Jemaah haji furada, mujamalah disaran guna PJH berlesen TH

Jemaah haji furada, mujamalah disaran guna PJH berlesen TH

Zulkifli bersama syarikat PJH yang menyertai Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke-5 (KHUP5) di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jemaah haji yang memperoleh visa haji furada atau mujamalah disaran menguruskan perjalanan dan kebajikan mereka menerusi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, saranan itu bertujuan membantu memastikan urusan pemergian jemaah, termasuk aspek kebajikan sepanjang berada di Tanah Suci, dikendalikan oleh syarikat yang mempunyai lesen daripada TH.

Beliau berkata, jemaah yang memperoleh visa mujamalah khususnya digalakkan mengutamakan perkhidmatan PJH berlesen bagi membantu melancarkan perjalanan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi kita nak menasihatkan kepada mana-mana para jemaah haji yang mendapat visa mujamalah itu, kita utamakanlah PJH kita.

“Insya-Allah, ianya akan selamat, insya-Allah akan terpelihara dan perjalanan kita akan lebih lancar, lebih selamat, insya-Allah,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke-5 (KHUP5) di sini hari ini.

Katanya, urusan pemergian serta kebajikan jemaah yang memperoleh visa berkenaan digalakkan dikendalikan oleh syarikat PJH yang dilesenkan TH.

Zulkifli berkata, jemaah yang menerima tawaran visa haji furada atau mujamalah disaran mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengatur perjalanan ke Tanah Suci.

Pada masa sama, katanya, beliau mengingatkan masyarakat tentang perlunya berwaspada tentang penipuan pakej haji dan umrah oleh individu atau pihak yang berlesen.

“Baru-baru ini, kami sudah memantau dan melihat, sudah mula pakej-pakej yang ada keraguan di situ, termasuklah pakej badal haji.

“Jadi kita ingin memantau dan mengelakkan sebarang penipuan yang berlaku di dalam masyarakat kita,” katanya.

Mengulas mengenai karnival itu, Zulkifli berkata, karnival berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA itu berakhir hari ini dan telah menarik lebih 16,000 pengunjung.

Program berkenaan dianjurkan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dengan kerjasama TH yang menghimpunkan 34 syarikat PJH yang menawarkan pakej haji khas untuk Musim Haji 1448H/2027M serta pakej umrah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini