Karnival Kita Palma perkukuh gerakan komuniti - Utusan Malaysia

Karnival Kita Palma perkukuh gerakan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Bukit Gantang memperkukuh gerakan kemasyarakatan menerusi penubuhan SBX yang bakal melaksanakan pelbagai program kebajikan, pendidikan, sukan dan pembangunan belia sepanjang tahun.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, gerakan itu bermula di Kampung Paya Baharu, Kamunting, sebelum diperluaskan ke seluruh Taiping dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada Disember ini.

Menurutnya, SBX diwujudkan bagi menggalakkan masyarakat memainkan peranan lebih aktif dalam membantu komuniti, termasuk menerusi program kebajikan dan bantuan bencana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu masyarakat yang bukan sekadar menunggu bantuan, tetapi tampil membantu,” katanya dalam kenyataan bersempena Karnival Kita Palma 2026 di Kampung Paya Baru hari ini.

Menurutnya karnival selama tiga hari itu berjaya menghimpunkan lebih 5,000 penduduk daripada beberapa kawasan termasuk Taman Palma, Taman Yayasan dan Kampung Paya Baru menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Antara pengisian karnival ialah aktiviti gotong-royong, ziarah kasih, pertandingan nasyid, sukan dan program kekeluargaan, selain acara larian santai yang disertai lebih 2,500 peserta.

Dalam pada itu, beliau berkata, SBX turut meneruskan usaha menggalakkan penduduk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu menangani isu setempat, selain memberi ruang kepada golongan muda untuk memimpin aktiviti komuniti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini