'Malaysia dekat mana? Bahasa dan agama apa?' - Utusan Malaysia

‘Malaysia dekat mana? Bahasa dan agama apa?’

USTAZ Ebit Lew bersama kanak-kanak gelandangan di Sao Paolo, Brazil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kuatnya ibu yang besarkan anak seorang diri”.

Demikian catatan terbaharu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika melihat golongan ibu tunggal di Sao Paolo, kebanyakannya hidup gelandangan, membesarkan anak-anak mereka.

Kehadirannnya menjalankan misi kemanusiaan di bandar itu disambut penuh keceriaan anak-anak di jalanan dan kini dapat menghuni di bilik-bilik kecil.

“Katanya mereka gembira dah dekat krismas nak baju baru. Tiada baju baru lagi.  Anak ini siap ajak main guli dan nak ikut lagi. Ceria mereka. Sekejap je tapi mesra. Tanya (kepada saya) berapa lama naik kapal terbang? Malaysia dekat mana? Bahasa dan agama apa? Kenapa pakai macam ni? Janggut ni. Mesti orang baik-baik. Mereka suka je. 

“Dekat sini mereka hairan tapi cara yang positif. Lebih pada nak tahu dan nak kenal. Sebahagian mereka tiada agama. Mereka tak percaya apa-apa. Mereka tak sekolah. 

Tanya Neymar mereka semua kenal. Sebut nama pemain bola Brazil mesti mereka suka. Lepas tu ketawa. Senanglah berbual dengan mereka. Walau bahasa mereka cuma Portugis saya bawa seorang translater (penterjemah),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.