Lelaki warga Nigeria ditahan mengedar dadah - Utusan Malaysia

Lelaki warga Nigeria ditahan mengedar dadah

KAMARUL Azran Wan Yusof menunjukkan jumlah tangkapan kesalahan Op Roda di Balai Polis Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan kerana memiliki dan mengedar dadah jenis ganja seberat 653.68 gram di sebuah kediaman di sini, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan itu dibuat susulan penahanan seorang lelaki warga Yaman dan dua lelaki tempatan pada Isnin lalu.

Beliau berkata, tiga lelaki itu terlebih dahulu ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 3.95 gram.

“Soal siasat ke atas mereka kemudian membawa kepada penangkapan lelaki warga Nigeria berkenaan.

“Kesemua mereka berusia 25 hingga 35 tahun kini ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan direman sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Op Roda dan Cegah Jenayah sekitar Cyberjaya, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya percaya lelaki warga Nigeria itu adalah pengedar dadah dan sumber dadah diperoleh juga masih dalam siasatan.

Wan Kamarul Azran berkata, menerusi Op Roda bermula Isnin lalu hingga hari ini, sebanyak 1,098 kenderaan diperiksa dan 301 jumlah saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu, tidak memiliki insuran kenderaan dan menggunakan plet kenderaan ‘fancy’.

“Operasi kali ini disertai 13 pegawai dan 70 anggota polis dari Balai Polis Cyberjaya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya meneruskan operasi ini pada masa akan datang di lokasi lain pula bagi mengesan kes membabitkan curi kenderaan dan jenayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya