Lelaki menyamar ‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki - Utusan Malaysia

Lelaki menyamar ‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

PAKAIAN tentera berpangkat kapten dan aksesori yang dirampas di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai menyamar sebagai ‘Mejar Shuhada’ sebelum memperdayakan mangsa menggunakan helah masalah peribadi dan urusan perkahwinan, kelmarin.

Suspek berusia 19 tahun itu diberkas pada pukul 9.15 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bersama-sama pegawai tentera Kem Terendak, Sungai Udang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil maklumat daripada pegawai tentera, suspek berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru.

Katanya, pemeriksaan di lokasi turut menemukan pakaian tentera berpangkat kapten dan aksesori.

“Hasil soal siasat suspek mengaku memperoleh pakaian tentera tersebut dengan cara pembelian dalam talian. Susulan itu suspek ditahan dan siasatan lanjut mendapati dia memperdayakan seorang mangsa lelaki membabitkan kerugian RM21,400 dengan menggunakan helah masalah peribadi dan perkahwinan,” katanya.

Arshad berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan memainkan watak jantina berlainan iaitu sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi.

“Suspek akan memperdayakan mangsa melalui perkenalan menggunakan aplikasi WhatsApp. Selain menipu wang, suspek juga terlibat dalam satu kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa lelaki dalam kejadian berlaku di rumah sama antara 23 hingga 25 November lalu,” katanya.

Jelasnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya