Lelaki dicari bantu siasatan kes penipuan tukar milik tanah - Utusan Malaysia

Lelaki dicari bantu siasatan kes penipuan tukar milik tanah

AIBEE ABD. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis kini sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan tukar milik tanah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu bernama Chua Seng Keat, 61, yang beralamat terakhir di Kota Damansara diminta tampil untuk membantu siasatan.

CHUA SENG KEAT

“Pihak polis meminta lelaki berkenaan atau orang ramai yang mengenali lelaki tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintenden Rosmaliah Khalit di talian 013-9443968 bagi membantu menyelesaikan siasatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Aibee berkata, kes yang disiasat di Seremban berkenaan selepas mendapat aduan dari mangsa yang membuat semakan pada 15 Oktober 2020 di Pejabat Tanah Dan Galian, Wisma Negeri, di sini.

Jelasnya, mangsa mendapati tanah yang didaftarkan di atas nama syarikatnya telah ditukar milik ke atas seorang individu tidak dikenalinya.

Individu tersebut telah membuat tandatangan palsu di dalam dokumen-dokumen berkaitan ke atas pertukaran tanah tersebut tanpa pengetahuan daripada pengadu yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM22 juta. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN