LaLaport Bukit Bintang, pertama di Asia Tenggara, beroperasi 20 Januari 2022 - Utusan Malaysia

LaLaport Bukit Bintang, pertama di Asia Tenggara, beroperasi 20 Januari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat beli-belah LaLaport pertama di Asia Tenggara akan mula beroperasi di Kuala Lumpur bermula 20 Januari 2022.

Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) merupakan fasiliti luar negara yang pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd. (Mitsui Fudosan).

LaLaport BBCC merupakan pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun dan ia mewujudkan suasa interaksi yang damai dan santai menerusi gabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan lain-lain kemudahan.

Pusat itu juga turut menampilkan kepelbagaian jenama dengan nama-nama terkemuka di Jepun untuk membuat kemunculan sulung di Malaysia.

Mitsui Fudosan, sebuah syarikat hartanah global terkemuka yang berasas dari Tokyo memberitahu, dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa optimum akan dibuka secara berperingkat.

Mitsui Fudosan membuka LaLaport pertamanya di Jepun pada 1981 dan kini memiliki 16 pusat beli-belah LaLaport di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN