Krisis dalaman SUPP: Parti cawangan tiada hak calonkan individu bertanding - Utusan Malaysia

Krisis dalaman SUPP: Parti cawangan tiada hak calonkan individu bertanding

DR. SIM KUI HIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Perlembagaan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) tidak pernah memperuntukkan mana-mana cawangan parti menamakan individu tertentu sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, Sabtu ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian berkata, hal itu termasuk cawangan Kuching yang tidak berhak mengesyorkan sesiapa calon bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasannya.

“Saya sendiri bukan dari SUPP cawangan Batu Kawah tetapi saya adalah pengerusi SUPP cawangan Pending. Bagaimanapun, saya adalah penyandang Batu Kawah.

“Dalam hal ini, saya memohon semua ahli parti untuk memahami kepentingan tertinggi parti dan bukannya kepentingan peribadi. Ini hanyalah ‘pergaduhan keluarga’,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di ibu pejabat SUPP di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Pengerusi SUPP Cawangan Kuching, Datuk Lily Yong yang terpaksa membubarkan jentera pilihan raya DUN Padungan berikutan calonnya, Wee Hong Seng, bukan calon disyorkan bertanding dalam pilihan raya negeri.

Kata Yong, pihaknya hanya mengesyor dan menghantar dua calon iaitu Bong Lian Huan dan Jong Yean Pin kepada pimpinan tertinggi parti untuk pertimbangan.

Bagaimanapun, terdapat nama individu lain (Hong Seng) muncul dalam senarai syor itu, sehari selepas Kui Hian yang pada 2 Disember lalu memaklumkan, hanya nama Yean Pin dihantar kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pertimbangan penamaan akhir.

“Kami terkejut, kecewa dan tertipu kerana satu nama di dalam senarai syor calon bukannya ahli cawangan Kuching dan keahliannya kurang daripadatiga tahun, yang melanggar perlembagaan parti untuk melayakkannya sebagai calon di atas tiket SUPP,” kata Yong, Selasa lalu.

Hong Seng berdepan saingan empat penjuru di Padungan dengan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen; Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Lina Soo dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Raymond Thong. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN