“Kesengsaraan Mak Ngah Gayah tak nampak kalau bersolek tebal” - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

“Kesengsaraan Mak Ngah Gayah tak nampak kalau bersolek tebal” – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Jasmin Hamid, 47, mengaku tidak mengenakan sebarang solekan tebal ketika melakonkan watak Mak Ngah Gayah dalam drama Cukup Derita Itu.

Kata Jasmin, tindakan itu perlu untuk menghidupkan watak berkenaan lebih-lebih lagi apabila melibatkan babak sengsara dan penderitaan.

“Saya minta kepada jurusolek. Biar tak ada solekan. Demi karakter.

“Kesengsaraan Mak Ngah Gayah tak nampak kalau bersolek tebal. Jadi saya tak nak. Nanti mengganggu,” katanya.

Kata ibu seorang anak ini, dia mahu lakonannya menjadi. Disebabkan itu, dia perlu menyempurnakan tuntutan penampilan watak agar kelihatan realistik.

“Alhamdulillah, kulit wajah saya tak ada masalah sangat. Jadi apabila beraksi depan kamera tanpa solekan, tidak mencacatkan rakaman. Kalau kulit muka bermasalah, perlulah disolek sedikit.

“Saya tidak kisah keadaan rambut saya ketika itu. Tidak mahu kelihatan cantik. Kita ini pelakon, bukan penyanyi yang sentiasa dipandang atas pentas,” katanya lagi.

Selain itu, kata Jasmin setiap pelakon perlu memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa.

Katanya, rupa yang cantik bukan penentu keberkesanan lakonan seseorang pelakon.

“Kena perbaiki sekali sekala. Saya akan rujuk Fauziah Nawi, minta tunjuk ajar.

“Pelakon juga kena bersedia. Dapat skrip bukan hafal semata-mata, tetapi hadam dan dapatkan karakter itu. Sebelum masuk gelanggang (lakonan) kena bersedia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya