fbpx

22 Mei 2022, 2:42 pm

  TERKINI

Kerajaan tidak akan biarkan kenaikan harga terus bebankan rakyat – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa rakyat sememangnya terbeban dengan kenaikan pelbagai harga barang seperti ikan, ayam dan sayur ketika ini.

Namun, beliau memberi jaminan kerajaan tidak akan membiarkan kenaikan harga barang terus membebankan rakyat.

“Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga ikan, ayam, sayur dan sebagainya, namun kerajaan tidak sesekali membiarkan perkara ini berterusan menekan rakyat.

“Banyak kenaikan harga berlaku, jadi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya harga barang tidak dimanipulasi,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Pada masa sama, beliau mendedahkan terlalu banyak rantaian harga di pasaran ketika ini.

“Kita dapati terlalu banyak rantaian harga dari petani dan penternak, pemborong, peruncit sehingga pengguna, malah terdapat ‘orang tengah’ yang menjadi punca berlakunya kenaikan harga.

“Bagi masalah kenaikan harga ikan pula, sebelum ini kita eksport ikan ke luar negara, jadi disebabkan kekurangan hasil di musim tengkujuh, maka kita akan henti eksport ikan untuk sementara waktu supaya kita boleh kawal kenaikan harga ikan,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI