Kemalangan tular: Polis minta saksi tampil - Utusan Malaysia

Kemalangan tular: Polis minta saksi tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta saksi kejadian kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Taman Templer di sini, yang tular dalam media sosial tampil bagi membantu siasatan.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 petang, 1 Disember lalu hingga menyebabkan mangsa, Wan Mohd Azrael Wan Razlan, 33, yang bekerja sebagai jururawat cedera parah dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur menghala ke Rawang untuk ke rumah selepas selesai tugas.

“Penunggang dipercayai hilang kawalan dan terjatuh di jalan raya menyebabkan cedera di kaki dan kepala.

“Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujar beliau, siasatan awal di lokasi mendapati jalan berselekoh dan mempunyai dua lorong sehala. 

“Namun tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan tiada saksi bebas yang tampil sehingga kiniz

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” ujar beliau.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.