Kemalangan gara-gara van dipandu lawan arus di Jambatan Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

Kemalangan gara-gara van dipandu lawan arus di Jambatan Pulau Pinang 

SEBUAH van dirakam memandu melawan arus di Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Perai menghala ke bahagian pulau awal pagi tadi sehingga menyebabkan sebuah kereta lain terbabas dan melanggar tembok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebuah kereta terlibat kemalangan selepas cuba mengelak van yang dipandu secara melawan arus di Jambatan Pulau Pinang, dekat sini, awal pagi ini. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan insiden tersebut dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan orang awam. 

Berdasarkan rakaman video yang dibuat di lorong kiri itu, sebuah van dilihat dipandu di lorong tengah dalam keadaan melawan arus di laluan Seberang Perai menghala ke bahagian pulau. 

Akibatnya, kereta dipercayai jenis Honda City yang dipandu di lorong kanan yang dilihat cuba mengelak van berkenaan melanggar tembok pembahagi lebuh raya di sebelah kanan. 

Berdasarkan video daripada kamera papan pemuka itu, keadaan trafik ketika kejadian dilihat masih lengang. 

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.