Kanabis RM32,315 disembunyi dalam stor - Utusan Malaysia

Kanabis RM32,315 disembunyi dalam stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menemukan dadah kanabis seberat 12,926 gram yang disembunyikan di dalam tiga beg di sebuah stor di Jalan Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, semalam.

Penemuan dadah itu dilakukan sepasukan anggota Team Task Force dari Balai Polis Pantai Dalam ketika menjalankan pemeriksaan di stor itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari, hasil maklumat diterima.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan menjumpai tiga beg di dalamnya mengandungi dadah kanabis bernilai RM32,315.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 4,308 pengguna dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Amihizam, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti ahli sindiket terbabit dan sumber bekalan yang diperoleh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan rampasan dadah ini boleh menyalurkannya ke talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya