Kalau ada jodoh, saya tak tolak kahwin lagi - Nadia Brian - Utusan Malaysia

Kalau ada jodoh, saya tak tolak kahwin lagi – Nadia Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon jelita, Nadia Brian, tidak menolak sudi berkahwin lagi sekiranya ada lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suaminya.

Menurut Nadia, tiada istilah serik untuk mendirikan lagi rumah tangga jika ternyata sudah ditakdirkan Allah SWT.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata, sebagai seorang wanita, dia masih memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang lelaki dalam hidupnya walaupun pernah melalui episod duka dalam perkahwinan terdahulu.

“Nak kata serik, tidak juga. Mana tahu kalau saya bertemu jodoh pada tahun hadapan dan berumah tangga. Saya sedia untuk itu.

“Soal jodoh kita tidak tahu. Itu rahsia Dia. Lagipun saya seorang perempuan. Siapa yang tidak mahu berkahwin dan ada teman hidup?,” katanya.

Nadia berkata demikian semasa ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Hotel Royal Chulan, Damansara.

Dalam pada itu, Nadia turut berkongsi rasa teruja apabila filem lakonan pertamanya yang berjudul Bu, Kasih Suci yang dilakonkan sekitar lima tahun lalu tercalon dalam FFM31.

Katanya, keterujaan tidak terhenti setakat itu kerana filem terakhirnya, Ratu Kala Jengking tahun lalu turut tercalon pada festival sama.

“Filem Bu, Kasih Suci itu merupakan filem pertama lakonan saya selepas tamat belajar dalam jurusan teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Memang tak pernah sangka bila dapat panggilan daripada pihak penganjur mengatakan saya tercalon bagi kedua-dua filem tersebut.

“Jadi ini satu pengiktirafan bagi penat lelah saya sebelum ini. Menang kalah itu saya tak kosah dan tak fikir. Ada rezeki alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Nadia dan suami yang dikenali sebagai Muizz terpalit dengan pergolakan rumah tangga dan pada 5 April lalu pasangan itu sah bercerai talak satu.

Sebelum ini juga, pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri ini pernah mengaku bahawa rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November tahun lalu sedang berantakan, namun enggan mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.

Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia sering berkongsi hantaran menerusi InstaStory (IGS) yang memberi bayangan dirinya berstatus solo.

Pergolakan rumah tangga mereka semakin memuncak selepas Muizz yang juga seorang ahli perniagaan membuat pendedahan dalam Instagram pada 7 Oktober lalu bercerita tentang kecurangan Nadia bersama dua orang lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya