PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan tidak menunggu saat akhir untuk menjelaskan saman trafik yang tertunggak susulan tempoh tawaran diskaun saman 80 peratus dipanjangkan sehingga 31 Disember ini. Peringatan itu diberikan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mat Kasim Karim selepas pihaknya mendapati kaunter-kaunter pembayaran mula lengang sejak semalam. Kata beliau, pengumuman tempoh bayaran sehingga hujung tahun oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani Ahad lalu…










