Isu video buli: Tindakan tegas bakal diambil  - Utusan Malaysia

Isu video buli: Tindakan tegas bakal diambil 

TANGKAP layar rakaman video kejadian buli pelajar yang tular dalam media sosial hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berkenaan jika terbukti video tular kes buli itu benar.

Itu jaminan diberikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid susulan video tular memaparkan kes buli membabitkan pelajar sebuah MRSM yang tersebar di media sosial ketika ini.

Mahdzir berkata, tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menurutnya, Mara sudah mengambil maklum mengenai kandungan video tular berkenaan.

“Kami memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.

“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan Mara untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Mara tidak sekali-kali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan.

Mahdzir berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan kementerian pada bila-bila masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN