Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu  diuar-uar dengan perkara maksiat - Pendakwah - Utusan Malaysia

Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu  diuar-uar dengan perkara maksiat – Pendakwah

NORA DANISH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Isu gambar mandi buih pelakon, Nora Danish bersama suami, Mohamad Nedim Nazri ditegur pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim.

Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi hantaran di Facebook berkata, pasangan suami isteri itu tidak sepatutnya berkongsi gambar itu kerana ia dilarang dalam agama.

“Kebahagiaan kita tidak perlu untuk diuar-uarkan dengan perkara maksiat apatah lagi ia dilarang dalam agama.

“Allah S.W.T berduka sekiranya hambanya membuka aib dirinya sendiri serta membangga-banggakan dengan perkara yang dilarang dan dilaknat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada semua bahawa umat Islam tidak terlepas daripada melakukan dosa, sentiasa memperbanyak taubat dan memohon keampunan Allah S.W.T.

Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim

Mohd. Izhar berkata, umat Islam juga digalakkan memohon kemaafan sesama manusia dan saling menutup aib serta menjaga kehormatan sesama kita.

“Nabi SAW berpesan: “Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat”,” katanya.

Sebelum ini, gambar aksi main buih Nora Danish bersama suaminya di dalam tab mandi di sebuah hotel mengundang kecaman netizen.

Lima foto yang dikongsi di Instagram dan Facebook itu dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya