Institusi kewangan diminta tidak mengambil tindakan peniaga kecil gagal lunas hutang - PM - Utusan Malaysia

Institusi kewangan diminta tidak mengambil tindakan peniaga kecil gagal lunas hutang – PM

ISMAIL Sabri Yaakob melawat gerai sempena majlis sambutan HPPK 2021 dan Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua bank dan institusi kewangan komersial memberi pertimbangan sewajarnya supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan peniaga mikro khususnya penjaja dan peniaga kecil kerana masih gagal melunaskan hutang.

Beliau berkata, langkah itu sebagaimana dilaksanakan institusi kewangan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) seperti Bank Rakyat dan SME Bank yang tidak mengenakan tindakan ke atas golongan itu kerana tidak mampu membayar pinjaman.

“Saya amat berharap bank-bank milik kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad juga mengambil tindakan sama seperti dilakukan oleh institusi kewangan di bawah MEDAC.

“Malah saya menyeru bank-bank komersial lain memberi pertimbangan sewajarnya supaya juga tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga mikro khususnya penjaja dan peniaga kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 (HPPK 2021) anjuran MEDAC dan Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam oleh Kementerian  Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dua tahun kebelakangan ini merupakan satu tempoh yang sukar apabila penularan Covid-19 memberi kesan cukup mendalam kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Kata beliau, bukan sedikit kesan yang menimpa, khususnya kepada penjaja dan peniaga kecil dan ada yang tidak mampu bertahan dan terpaksa terus gulung tikar, tidak kurang juga terpaksa  mencari alternatif perniagaan yang lain untuk bangkit  kembali.

“Apabila sektor ekonomi mula dibuka dan dibenarkan beroperasi perlahan-lahan, barulah mereka sudah boleh menarik nafas lega.

“Justeru, penganjuran HPPK dan pelancaran Program Transformasi Pasar Malam ini  merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.