Hukuman penjara, denda Najib ditangguhkan - Utusan Malaysia

Hukuman penjara, denda Najib ditangguhkan

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Untuk sementara waktu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi membenarkan permohonan peguam belanya untuk menagguhkan perlaksanaan hukuman.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu dengan jaminan RM2 juta, pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Wang jamin tersebut telah dibayar selepas beliau disabitkan di Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan.

Terdahulu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan merupakan peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.