Guna sepenuhnya khidmat PPS - Utusan Malaysia

Guna sepenuhnya khidmat PPS

MAZLAN LAZIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengurusan sekolah disaran menggunakan khidmat Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terdiri daripada pegawai polis bagi memantau salah laku dalam kalangan pelajar termasuk membabitkan kes buli.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pentadbiran sekolah seperti pengetua, guru dan warden asrama boleh berbincang dengan PPS sekiranya terdapat isu-isu berbangkit di sekolah masing-masing.

Katanya, sekurang-kurangnya seorang PPS ditempatkan di sebuah sekolah.

“Kita tempatkan seorang PPS di sekolah bagi memastikan segala maklumat yang ada di sekolah tersebut boleh disalurkan kepada polis secepat mungkin.

“Kalau tidak, mungkin sukar mencari siapa yang bertanggungjawab. Bila ada polis sebagai PPS di sekolah tersebut, maka maklum balas dapat lebih cepat.

“Itu sebabnya kita peruntukan PPS, gunakan mereka untuk kesejahteraan di sekolah,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Khas sempena Lawatan Kerja Timbalan Ketua Polis Negara ke Kontinjen Perak di sini, semalam.

Yang hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya