Giliran Nabila Huda pula curi perhatian warganet - Utusan Malaysia

Giliran Nabila Huda pula curi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Nabila Huda telah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik beberapa gambar percutian di platform Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, pengacara rancangan Melodi itu berkongsi beberapa gambar percutian bersama temannya dengan kapsyen ringkas, ‘short vacay’ yang tulisnya.

Nabila yang lebih disapa sebagai Abil dilihat mengenakan pakaian berona putih yang dikatakan mencolok mata.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya melontarkan pesanan dan teguran kasih sayang buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.

“Minat Abil dari dulu lagi, Abil lawa sangat. Moga Allah berikan kita sama-sama hidayah dengan menutup aurat kita dengan sempurna,” komen seorang peminatnya.

“Dayusnya seorang suami jika tidak menegur isterinya. Dan derhakanya seorang isteri jika tidak akur nasihat suaminya. Pahitkan? Tetapi, inilah hakikat,” komen juga seorang warganet.

“Aurat,” tulis ringkas seorang werganet.

Selain itu, ada juga warganet yang menitipkan doa buat semua agar diberikan hidayah oleh Allah.

“Semoga hidayah dan petunjuk dari Allah milik kita semua. Amin,” komen seorang netizen.

Sebelum ini, pelakon Nora Danish juga menjadi perhatian netizen selepas berkongsi gambar mengenakan sut yang dikatakan menyerupai warna kulit dan terlalu ketat, ketika sedang melakukan aktiviti mendaki bukit di laman Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.