Anwar kecam insiden serangan terhadap anggota polis

Anwar kecam insiden serangan terhadap anggota polis

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing di Kepong, petang semalam.

Anwar berkata, sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan akibat diserang menggunakan parang itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini