Fokus kualiti daripada berfikiran dangkal - Hazlin Hussain - Utusan Malaysia

Fokus kualiti daripada berfikiran dangkal – Hazlin Hussain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sementara mahkamah netizen menghukum segelintir pengacara tempatan dengan label sampah. Bagi personaliti TV popular, Hazlin Hussain berpandangan, pengacaraan tidak terikat dengan zaman.

Jelasnya, sama ada cakap lepas atau tidak, hal itu adalah pilihan individu berkenaan sendiri. Kata Hazlin, mungkin dia seorang yang lantang atau pun mungkin pembawakannya begitu.

“Tetapi kenapa dia dipilih? Team produksi pasti sudah mempunyai sebab musabab. Satu lagi kenyataan yang merujuk pengacara sekarang, itu juga terlalu umum dan boleh juga jadi prejudis.

“Sebab pengacara juga ada pembahagian bidang masing-masing. Sekarang ini juga begitu ramai pengacara berkualiti. Fokus kepada yang berkualiti ini daripada kita fikirkan yang dangkal,” katanya.

Tambah bekas pengacara program 999 itu juga berkata, skill pengacaraan terbentuk hasil daripada ilmu, pengalaman dan konsep sesuatu program.

“Pada saya, kalau produksi tahu dengan jelas denga kehendak program, pasti mereka mengkaji latar belakang hos yang bakal mengemudi. Saya percaya produksi dan hos masing-masing sudah berbincang, apa hala tuju atau konsep sesebuah program.

“Jika hos ambil mudah, kenapa hos berkenaan yang dipilih dari awal? Setiap yang terpilih, pasti profil mereka telah diteliti dan ada sebab kenapa mereka dipilih,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai pelawak yang majoriti bergelar pengacara, Hazlin meraikan sesiapa pun yang memeriahkan bidang pengacaraan.

“Sebagai penonton, saya juga mahukan kelainan. Jika dia pelawak, saya pasti, tenaga produksi sudah jelas dengan pembawakannya yang memang suka berjenaka dan membuat penonton terhibur.

“Apa pun berbalik kepada konsep yang ingin dibawakan oleh team produksi,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN