“Fikir apa dia makan, tidur memang boleh buatkan aku termenung” -Azhan Rani - Utusan Malaysia

“Fikir apa dia makan, tidur memang boleh buatkan aku termenung” -Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azhan Rani, antara selebriti yang aktif menjalankan misi bantuan banjir berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika di Kampung Batu Kapor Bawah 6, Mentakab, Pahang.

Menurut Azhan, ada seorang wanita yang berkaki ayam berlari menuju ke arah kumpulannya ketika mereka menjalankan misi bantuan di kampung tersebut.

Perkongsian tersebut dikongsikan pelakon drama Nur itu menerusi entri Instagram miliknya.

“Masa ini, pasukan kami baru sampai. Tempat ini agak jauh ke dalam sedikit berbanding rumah-rumah lain yang juga banyak mengalami kerosakan akibat banjir yang hamper mencecah ke bumbung.

“Nampak Mak Cik tudung biru itu, dia berlari berkaki ayam tidak hirau dah apa yang dia pijak. Masa ini, aku baru ingin mengalihkan kereta bagi mencari tempat letak kenderaan. Mungkin dia ingat kami hendak berlalu.

“Rumah dia di belakang lagi dari kawasan becak itu. Mungkin dia ingat kami hendak pergi dah kerana memang sudah tidak nampak jalan ke rumah dia pun,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, Azhan turut memaklumkan setakat kelmarin masih tiada bantuan yang hadir di rumah wanita tersebut.

Selain pelakon itu juga meluahkan rasa sayu apabila melihat rumah kediaman wanita berkenaan hancur musnah akibat banjir.

“Setakat semalam, belum ada bantuan hadir. Rumah kayu dia hancur musnah roboh akibat banjir. Dekat sangat sungai belakang rumah dia. Tinggal bahagian depan rumah sahaja yang masih tegak berdiri.

“Mak Cik redah air paras dada masa nak menyelamatkan diri pada waktu itu. Harta benda tidak ada yang dapat diselamatkan.

“Memikirkan apa dia makan, macam mana dia tidur memang boleh buatkan aku termenung. Betapa jijiknya kita kalau masih nak merungut tentang erti kesusahan,” tulisnya panjang.

Dalam pada itu, Azhan berharap agar lebih ramai lagi sukarelawan masuk ke kawasan pedalaman seperti itu untuk menyalurkan bantuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya