Enam lagi pelajar Maktab Mahmud Sik positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Enam lagi pelajar Maktab Mahmud Sik positif Covid-19

MOHD. HAYATI OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Enam lagi pelajar di Maktab Mahmud Sik disahkan positif Covid-19 hari ini membabitkan kluster institusi pendidikan yang dikenali sebagai kluster Dah Pelangi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, pertambahan enam pelajar itu menjadikan keseluruhannya terdapat 30 pelajar yang positif di sekolah tersebut.

“Setakat ini pihak berwajib telah menjalankan saringan terhadap 44 individu dengan 30 daripadanya didapati positif manakala 14 lagi negatif.

“Daripada jumlah itu, seorang pelajar masih berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Kulim manakala yang lainnya menjalani menjalani kuarantin di asrama sekolah tersebut dengan dipantau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kluster Dah Pelangi diisytiharkan pada 3 Disember lalu setelah 24 pelajar sekolah tersebut disahkan positif Covid-19 selepas didapati mengalami gejala sejak 28 November lepas. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya