Empat individu didakwa esok susulan penemuan rangka manusia di Kuala Langat - Utusan Malaysia

Empat individu didakwa esok susulan penemuan rangka manusia di Kuala Langat

NANDA MAAROF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga lelaki dan seorang wanita yang ditangkap susulan penemuan satu rangka manusia di dalam semak berhampiran kawasan Gadong, Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor pada 2 Disember lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kesemua mereka akan dituduh esok di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau menjelaskan, kes bermotifkan peras ugut ini bermula apabila pihak polis pada 12 November lalu telah menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 44 tahun yang bekerja di sebuah syarikat insurans di daerah ini.

Wanita itu memaklumkan suaminya yang bekerja di syarikat sama telah gagal dihubungi selepas lelaki itu keluar berseorangan dengan menaiki kereta jenis Honda CRV pada hari yang sama.

“Pada 16 November, kereta mangsa telah ditemui di tepi Jalan Permata Kiri Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor dalam keadaan berkunci namun mangsa tiada di lokasi.

“Seterusnya, pada 2 Disember lalu, pihak polis telah menemui satu rangka manusia di dalam semak berhampiran kawasan Gadong, Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor dipercayai milik mangsa dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Nanda, hasil siasatan lanjut telah membawa kepada empat tangkapan individu terbabit dan jika sabit kesalahan kesemua mereka boleh dihukum gantung sampai mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN