Dua ular sawa lebih 200 kilogram ditemukan dalam tanah di kawasan pembinaan - Utusan Malaysia

Dua ular sawa lebih 200 kilogram ditemukan dalam tanah di kawasan pembinaan

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang mengangkat ular sawa seberat 250 kilogram yang ditangkap di kawasan pembinaan di Kampung Gong Nangka, Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Suasana di tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka di sini gempar ekoran penemuan dua ekor ular sawa seberat lebih 200 kilogram, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Leftenan (PA) Mujahid Abd. Wahab berkata, kedua-dua reptilia itu ditemukan secara berasingan bermula pukul 2 petang ketika buruh binaan melakukan kerja-kerja rutin menggunakan jentolak.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan ular seberat 250 kilogram dengan panjang mencecah 5.7 meter manakala berat ular kedua pula hampir 200 kilogram dan panjang 4.2 meter.

“Pusat kawalan operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2 petang dan tiga anggota bertugas mengambil masa 25 minit untuk menangkap ular sawa berkenaan.

“Pada pukul 2.34 petang, satu lagi panggilan diterima untuk menangkap ular di lokasi sama dan operasi itu selesai dalam tempoh 15 minit,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mujahid berkata, kedua-dua ular sawa berkenaan merupakan antara yang terbesar pernah ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada tahun ini.

Katanya, reptilia itu akan dipindahkan ke Zoo Kemaman di Kemaman dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, menurutnya, setakat Januari hingga November lalu, sebanyak 1,103 ekor ular berjaya ditangkap oleh APM Marang.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya