Berita tular tindakan terhadap Ali  palsu - Utusan Malaysia

Berita tular tindakan terhadap Ali  palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tangkap layar tular dalam media sosial yang kononnya mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal mengambil tindakan terhadap Datuk Ali Biju adalah palsu.

Terdahulu, tular satu hantaran palsu yang kononnya dimuat naik oleh Facebook Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa beliau yakin parti akan mengambil tindakan kepada Ali dalam masa terdekat.

“Sebagai Ketua Penerangan parti, saya yakin parti akan umumkan nasib Ali Biju akan ditentukan pada petang ini atau paling lewat esok,” dakwa hantaran Facebook itu.

Semalam, Ali yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ini susulan kenyataannya sebelum ini yang menafikan bahawa beliau akan menyerahkan kerusi itu kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun, tindakannya itu bertentangan dengan pendirian Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menbuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRN kali ini, sebaliknya memberi sokongan kepada GPS pada PRN Sarawak. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya