Berbelanja RM50,000 penginapan hotel, DSV curi perhatian warganet - Utusan Malaysia

Berbelanja RM50,000 penginapan hotel, DSV curi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida telah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu video yang memaparkan sebuah hotel di ibu kota berharga RM 50,000 untuk satu malam, menerusi platform TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, penyanyi lagu I Am Me itu dilihat ‘gembira’ berjoget sambil berpimpin tangan dengan anak lelakinya, Kacak, untuk menuju ke bilik berprestij itu.

Dengan kapsyen berseloroh ‘No men, no problem’, rata-rata warga TikTok tampil memberi pelbagai reaksi buat usahawan kontroversi itu menerusi ruangan komen.

Ramai yang menzahirkan rasa terkejut dengan harga sebuah bilik tersebut yang dikatakan boleh membeli sebuah kereta perodua Myvi baharu.

“Kita RM 50,000 beli Myvi (itu pun hutang), dia 50K tunai tidur hotel. Berapa dalam akaun dia ada,” tulis seorang warganet.

“Aku baca RM50 dah terkejut ingat murah, lah ada ‘K’ di situ,” komen lagi seorang warganet.

“Buat apa bayar 50,000 Datuk, sedangkan ada RM300 satu malam tetapi macam hotel lima bintang. Apa-apa pun, selamat bercuti. Tiada lelaki tiada masalah lah Datuk. Enjoy,” komen juga seorang warganet.

Bagaimanapun, mereka tetap menyokong tindakan DSV itu untuk bergembira bagi ‘merawat hati’ semula disebabkan peristiwa lalu.

“Ya, seperti ini. Gembira kan diri sendiri. Bahagiakan anak-anak,” komen seorang warganet.

“Suka melihat Datuk gembira. Semoga Datuk sekeluarga di dalam lindungam Allah,” komen seorang lagi.

“Terbaiklah, lagi gembira dan bertambah cantik,” puji seorang warganet.

Selepas dikatakan ‘tiada jodoh’ dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, DSV seringkali dilihat memuat naik perkongsian dengan memaklumkan yang dirinya gembira tanpa kehadiran lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya