Belajarlah hormat UMNO  - Utusan Malaysia

Belajarlah hormat UMNO 

pru15
SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pas perlu menghormati UMNO berhubung pendirian parti itu menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional (MN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata,  keputusan UMNO menolak Bersatu adalah pendirian parti itu.

Menurutnya, perkara itu diputuskan dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020.

“Keputusan UMNO menolak Bersatu adalah pendirian parti.  Diputuskan oleh PAU 2020. 

“Namun susah hati benar Ketua Pemuda PAS (Ahmad Fadhli Shaari) ni.  Sampai minta UMNO belajar menerima Bersatu.

“Sekarang ni kita nak bagi tau dia belajarlah hormati UMNO. Itu sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

AHMAD FADHLI SHAARI

Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Ahmad Fadhli bahawa UMNO perlu belajar menerima Bersatu dan begitu juga sebaliknya bagi memastikan muafakat ummah berjaya.

Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebook beliau berkata, UMNO tidak sepatutnya menggunakan alasan bahawa Bersatu yang pernah berada dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalang menyertai MN.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata, matlamat penubuhan MN tidak menyebut Bersatu perlu menjadi sebahagian daripadanya.

Menurut Mohamad, salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang PH dan Bersatu adalah komponen PH waktu itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya