Banjir: PPS pertama dibuka di Terengganu tempatkan 25 mangsa - Utusan Malaysia

Banjir: PPS pertama dibuka di Terengganu tempatkan 25 mangsa

ANTARA rumah penduduk di Kampung Alur Damat di Batu Rakit, Kuala Nerus yang dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot di sini menjadi PPS pertama dibuka akibat banjir di Terengganu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, seramai 25 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS itu mulai pukul 4 petang ini berikutan hujan berterusan sejak semalam.

“Mangsa yang terjejas merupakan penduduk Kampung Alur Damat di Batu Rakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning atau waspada di Terengganu bermula hari ini hingga esok.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sehingga petang ini, cuaca di seluruh negeri masih lagi hujan renyai-renyai dan lebat bersilih ganti.

Sementara itu, paras air di stesen Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik di Kemaman kini mencatatkan paras amaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya