Bandar KB sesak, Klinik Ibu dan Anak HRPZ II pindah ke Tunjong - Utusan Malaysia

Bandar KB sesak, Klinik Ibu dan Anak HRPZ II pindah ke Tunjong

DR. IZANI Husin memotong pulut kuning sempena Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Klinik Ibu dan Anak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini dipindahkan ke lokasi baharu di bandar baharu Tunjong bagi mengurangkan kesesakan teruk di pusat bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta.

  Setakat ini, kata beliau, proses pengambilan tanah di Tunjong telah mendapat kelulusan dan projek pembinaan klinik baharu tersebut dilaksanakan dalam masa terdekat. 

“Isu kepadatan HRPZ II pernah diusulkan di Parlimen kerana tidak mempunyai kawasan parkir sehingga mewujudkan kesesakan lalu lintas.

“Namun kerajaan Pusat sebelum ini memaklumkan proses pemindahan memerlukan bajet besar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia Peringkat Kelantan 2021, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Izani berkata, dalam usaha membangunkan Kota bharu sebagai bandar terancang dan selamat, pihaknya sedang membuat perancangan bagi mengurangkan kepadatan di pusat bandar ini.

Selain itu katanya, semua bandar-bandar utama di Kelantan setakat ini masih belum mencapai tahap bandar pintar dan rendah karbon sebagaimana bandar besar di negeri lain termasuk di ibu negara. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya