Bakar kereta wanita kerana kecewa cinta ditolak - Utusan Malaysia

Bakar kereta wanita kerana kecewa cinta ditolak

RAKAMAN CCTV suspek membakar kereta seorang wanita di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecewa cinta ditolak, seorang pemuda membakar kereta seorang wanita di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang di sini, Ahad lalu.

Perbuatan lelaki berusia 29 tahun itu turut menyebabkan sebuah kenderaan lain yang diparkir bersebelahan terbakar.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi yang mana mangsa dimaklumkan jirannya mengenai keretanya yang terbakar.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, mangsa turun ke bawah pangsapuri untuk melihat keretanya dan mendapati pasukan bomba sedang memadam kebakaran.

Katanya, hasil daripada soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan suspek di kawasan Bandar Kinrara pada hari sama.

“Hasil soal siasat, suspek mendakwa membakar kereta mangsa kerana tidak puas hati selepas cintanya ditolak sejak setahun lalu.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Anbalagan berkata, polis merampas sebuah motosikal, sepasang kasut dan pakaian serta pemetik api yang digunakan semasa kejadian.

Ujar beliau, suspek direman lima hari bermula semalam sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular dalam media sosial tangkap layar rakaman CCTV berdurasi satu minit 28 saat menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal berhenti berhampiran kereta mangsa lalu menyimbah sesuatu dipercayai minyak dan menyalakan pemetik api. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya