Bagnaia ikut 'amalan' sifu Rossi - Utusan Malaysia

Bagnaia ikut ‘amalan’ sifu Rossi

FRANCESCO Bagnaia (kanan) bersama Valentino Rossi (tengah) ketika perlumbaan MotoGP musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mahu lebih menikmati hari perlumbaan pada musim baharu kerana ia adalah amalan dilakukan mentornya yang juga legenda MotoGP, Valentino Rossi ketika aktif berlumba.

Bagnaia yang beraksi bersama Ducati, memenangi empat perlumbaan pada 2021 dan muncul naib juara dunia di belakang Fabio Quartararo apabila hanya ketinggalan 26 mata.

Pelumba Itali itu memenangi perlumbaan pertama dalam kelas MotoGP di Grand Prix Aragon, September tahun lalu ketika bersaing dengan juara dunia enam kali, Marc Marquez.

Bagnaia menjelaskan dia mahu mempamer aksi lebih baik pada musim baharu.

“Bagi saya kemenangan di Aragon sangat menakjubkan. Kemenangan pertama dan bersaing sengit dengan Marquez.

“Sejak itu saya mula seronok berlumba pada setiap sesi dan setiap minggu. Jadi saya rasa perlu sentiasa fokus dan menikmati perlumbaan setiap hari.

“Saya rasa ia juga adalah rahsia Rossi iaitu menikmati setiap perlumbaan. Apapun saya perlu lebih bekerja keras,” ujarnya.

Rossi yang juga juara dunia sembilan kali, mengumumkan persaraan dalam kancah MotoGP hujung musim lalu selepas melalui karier yang penuh gemilang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya