Astaf membantutkan pembangunan sukan sepak takraw - Utusan Malaysia

Astaf membantutkan pembangunan sukan sepak takraw

BIARPUN berdepan pelbagai cabaran dan halangan STL 2021/2022 tetap diteruskan meskipun tidak mendapat restu Astaf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) menghalang pemain import menyertai Emas Anuar Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2021/2022, seolah-olah membantutkan pembangunan sukan sepak takraw.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman membantah sekeras-kerasnya tindakan Astaf yang menghalang pemain import menyertai STL 2021/2022.

“Bagi saya, kita perlu lebih kepada sifat keterbukaan untuk membangunkan sepak takraw dan juga sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti pemain Malaysia dalam melahirkan pemain sepak takraw bertaraf dunia.

“Saya mewakili PSM mahu menegaskan kepada Astaf, jangan memberikan tekanan sehingga kita tidak boleh berbuat apa-apa. 

“Saya mahukan sepak takraw dijayakan dan dapat membenarkan pemain import menyertai STL,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof menggesa Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)  mempercepatkan  Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi memilih jawatankuasa yang baru berikutan masih belum ada jalan penyelesaian kepada status pengurusan yang sebelum ini meminda perlembagaan.

“Wajar sekiranya PSM mempercepatkan AGM bagi memilih jawatankuasa yang baru. Perkara ini dapat mendorong kepada perkembangan yang lebih baik dan PJS juga boleh membuat persiapan untuk kejohanan Sukan SEA akan datang.

“Apabila AGM selesai bersama kepimpinan baharu, saya rasa tiada masalah untuk Malaysia, PJS dan Kementerian untuk menyokong permohonan PSM untuk menyertai semula Astaf,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya