Ancaman RSA: Tiada penambahan anggota, aset ATM ke Sabah - Utusan Malaysia

Ancaman RSA: Tiada penambahan anggota, aset ATM ke Sabah

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada penambahan aset dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun wujud dakwaan kononnya Sabah diancam pemberontak Tentera Diraja Sulu (RSA).

Malah, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta rakyat di negeri itu supaya bertenang dan terus menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa terhadap sebarang aktiviti mencurigakan bagi tindakan selanjutnya.

Beliau juga telah dimaklumkan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiada petunjuk ketara atau bukti kukuh atas laporan sepertimana yang dinyatakan setakat ini.

“Walau bagaimanapun, seperti yang ditegaskan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani tindakan segera akan diambil bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah.

“Agensi perisikan dan keselamatan kita juga sudah mengambil maklum tentang perkara yang dilaporkan dan sedang dalam proses pengesahan dengan agensi sejawat mereka di Filipina serta serantau seperti yang dinyatakan oleh Acryl Sani dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam. Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM juga sentiasa memantau perkembangan yang sedang berlaku dan menilai petunjuk yang boleh menjejaskan keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar khas di Wisma Perwira hari ini.

Dalam pada itu. Hishammuddin berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana berkenaan Trilateral Cooperative Arrangement (TCA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN