fbpx

22 Januari 2022, 1:48 am

8 kes BID, 6 kluster Covid-19 dicatatkan

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan enam kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan sembilan kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan enam kluster itu menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 226 kluster.

“Selain itu, 5,727 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,953 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,439 kes manakala semalam, 4,879 kes sekali gus diatasi 6,803 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 500 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 258 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,439 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 105 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 5,334 kes (98.1 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 55 kes berbanding kelmarin, 61 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,425 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 55 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,153 kes.

POPULAR

KOSMO! TERKINI