MAHB yakin KLIA capai 62 Juta penumpang menjelang akhir tahun

MAHB yakin KLIA capai 62 Juta penumpang menjelang akhir tahun

MOHD Izani Ghani pada sesi taklimat media MAHB di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) optimis mampu mencapai sasaran 62 juta ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjelang akhir tahun ini.

Sasaran itu disokong oleh pelbagai inisiatif penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan di lapangan terbang utama negara, selain turut mendapat lonjakan melalui peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd. Izani Ghani berkata, prestasi semasa di KLIA amat memberangsangkan dengan jumlah penumpang setakat separuh pertama tahun ini mencecah 30.1 juta, peningkatan hampir 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sekiranya momentum ini berterusan, kita berupaya mencapai 62 juta penumpang pada akhir tahun ini, menyamai angka sebelum pandemik Covid-19 pada 2019. 

“Pencapaian ini penting untuk mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai pintu masuk serantau yang strategik.

“Menuju ke hadapan, kami sedang melaksanakan perubahan pada lapangan terbang Malaysia untuk menjadi berorientasikan perkhidmatan, bersedia untuk masa depan dan berdaya saing di peringkat global dengan menarik sebanyak mungkin syarikat penerbangan ke sini untuk benar-benar menjadi hab penerbangan bagi rantau ini.

“Kami jelas mengenai apa yang ingin dicapai, iaitu pengalaman lapangan terbang yang lancar didorong oleh kecemerlangan perkhidmatan, rangkaian penerbangan yang lebih saling berhubung untuk menyokong pertumbuhan, serta struktur yang dioptimumkan, bersedia untuk masa depan yang dibina di atas asas yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media di sini, semalam.

Menurut Mohd. Izani, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di KLIA termasuk pengoptimuman laluan penumpang di pintu pelepasan dan pemeriksaan keselamatan yang berjaya meningkatkan kadar aliran penumpang sehingga 50 peratus pada waktu puncak.

“Antara pembaharuan lain yang kami lakukan ialah bilik penjagaan bayi yang lebih selesa, tandas mesra keluarga, taman permainan kanak-kanak serta pemasangan skrin digital interaktif bagi membantu penumpang mendapatkan maklumat penerbangan dengan lebih mudah,” jelas beliau.

Mengulas mengenai hala tuju MAHB selepas proses penswastaan pada Februari lalu, Mohd. Izani menjelaskan bahawa langkah tersebut membolehkan syarikat bergerak lebih pantas dalam pelaksanaan pelan strategik, khususnya yang melibatkan peningkatan kapasiti serta penambahbaikan perkhidmatan pelanggan.

“Penswastaan memberikan kita fleksibiliti untuk bertindak balas dengan lebih cepat terhadap keperluan industri dan penumpang. Kini, kita mampu melaksanakan transformasi secara menyeluruh di semua lapangan terbang kendalian MAHB, bukan hanya di KLIA,” katanya lagi.

Tambah beliau, penglibatan rakan kongsi strategik antarabangsa seperti Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) turut menyumbang kepada pemindahan teknologi serta kepakaran pengurusan lapangan terbang bertaraf dunia ke Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×