25 warga asing memandu tanpa lesen sah ditahan

25 warga asing memandu tanpa lesen sah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan segelintir warga asing memandu kenderaan tanpa lesen di sekitar Ampang dekat sini mengundang padah apabila 25 individu ditahan di sini semalam.

Menerusi operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan daripada maklumbalas dan maklumat yang diberikan oleh orang awam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd. Zaki Ismail berkata, operasi berkenaan dijalankan bagi mengesan kesalahan pemandu dan kenderaan terutama warga asing yang tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Sebanyak 144 notis saman dikeluarkan dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

“Operasi berkenaan turut menyita 25 kenderaan termasuk lima lori milik syarikat kontraktor pembersihan yang dipandu warga asing,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pelbagai kesalahan dikesan dilakukan warga asing antaranya tidak lesen memandu kompeten (CDL), tidak mempunyai lesen vokasional (PSV/GDL), insurans kenderaan tamat tempoh, kesalahan teknikal dan lain-lain kesalahan.

“Seramai 29 pemandu warga asing terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Indonesia turut ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” jelasnya

Dalam pada itu, Mohd. Zaki mengingatkan pemilik kenderaan dinasihatan untuk tidak membenarkan kenderaan persendirian digunakan oleh warga asing.

“Tindakan juga boleh diambil terhadap pemilik kenderaan, bagi kenderaan yang disita pemilik kenderaan sendiri perlu hadir ke JPJ.

“Penguatkuasaan berterusan akan terus dijalankan bagi mengenalpasti pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN