10 ditahan buru babi luar kawasan permit memburu - Utusan Malaysia

10 ditahan buru babi luar kawasan permit memburu

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sekumpulan 10 lelaki ditahan selepas didapati memburu binatang di luar kawasan dibenarkan di Jenderam Hulu, Dengkil, semalam.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam bersama dua kenderaan pacuan empat roda dan seekor babi yang sudah ditembak mati.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan awam mengenai kegiatan menembak babi di Jalan Dato’ Empat Abu Kampung, Jenderam Hulu.

Beliau berkata, sepasukan polis dihantar ke lokasi berkenaan sebelum menemukan 10 lelaki bersama dua kenderaan dan seekor babi.

“Kami menemukan sepucuk senapang patah api jenis Benelli Armi S.P.A, 18 butir peluru, permit senjata dan permit memburu serta dua pacuan empat roda jenis Mitsubshi Triton dan Ford Ranger.

“Siasatan awal mendapati, semakan permit senjata api dikeluarkan oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan diberikan syarat tambahan untuk berburu babi hutan bermula Ogos sehingga Disember.

“Kawasan buruan yang dibenarkan pula hanyalah di kawasan Serdang bertarikh 2 September 2021,” katanya pada sidang akhbar ketika melancarkan Ops Roda di sini, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan juga mendapati, kesemua suspek pernah memasuki kawasan itu untuk memburu babi dan hanya seorang daripada suspek mempunyai permit senjata dan permit memburu.

Katanya, kesemua suspek bagaimanapun dibebaskan malam tadi dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Senjatapi 1960.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya