Warganet puji Adibah Noor, harap menang Gegar Vaganza 8 - Utusan Malaysia

Warganet puji Adibah Noor, harap menang Gegar Vaganza 8

Adibah Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Trending di Twitter pada waktu ini adalah mengenai penyanyi dan pelakon, Adibah Noor yang menyertai Gegar Vaganza 8 yang kini membuka mata ramai peminat dan kewujudannya menjadi siulan ramai.

Adibah yang kini menginjak usia 51 tahun turut menerima pujian dalam dua persembahannya baru-baru ini dengan mendendangkan lagu Terlalu Istimewa dan Istana Menanti.

Ramai yang menyifatkan suara Adibah adalah suara emas selain berharap wanita itu menjadi juara dalam pertandingan berkenaan.

Adibah antara 13 peserta GV pada tahun ini bersama-sama Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura) manakala penyanyi solo wanita yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

@yyatiakmal mengulas komen di Twitter, “i  never like adibah noor but i can’t deny her voice is gold.

Adibah Noor sounds exactly the same during live performance & recording,” ciap @iamAifaa.

@redtridents pula mengulas; “Persembahan yang baik daripada Adibah Noor. Technicality is there but she should have listed other songs that could have showcased her vocals even more. Lagu too low for her.” -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN