Warganegara asing lengkap vaksin dibenarkan solat di Wilayah Persekutuan - Jawi - Utusan Malaysia

Warganegara asing lengkap vaksin dibenarkan solat di Wilayah Persekutuan – Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Warganegara asing yang telah mendapat vaksin lengkap dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula esok.

Ketetapan terbaharu itu dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, bermula esok juga, solat berjemaah juga dibenarkan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas yang telah mendapat vaksin lengkap.

Beliau berkata, pihaknya turut menetapkan penjarakan fizikal antara jemaah dikurangkan daripada 1.5 meter kepada 1 meter.

“Selain itu, murid tadika dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) juga dibenarkan menghadiri kelas pengajian yang beroperasi dalam premis masjid dan surau berpandukan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah.

“Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis perkahwinan, majlis aqiqah dan lain-lain majlis sosial pula dibenarkan untuk diadakan di dewan masjid dan surau bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataa akhbar hari ini.

Katanya, semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya