Wan Junaidi mahu operator udara cari jalan imbangi harga tambang - Utusan Malaysia

Wan Junaidi mahu operator udara cari jalan imbangi harga tambang

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun tiada kaitan dengan kementeriannya, isu tular harga mahal tiket penerbangan ke Sarawak turut mendapat perhatian Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu meluahkan harapan isu ‘panas’ tersebut dapat diselesaikan segera.

“Kerajaan faham  kekangan perniagaan yang dihadapi syarikat itu kerana had kapasiti penerbangan ekoran Covid-19 telah menjejaskan teruk operasi dan pendapatan,” katanya.

Justeru beliau dalam nada nasihat menyeru Malaysia Airlines, Malindo Air dan Air Asia perlu mencari jalan tengah dalam menyelesaikan isu harga tambang yang tinggi pada ketika ini.

Ini terutama destinasi ke Sabah dan Sarawak yang akan bertambah menjelang cuti sekolah akhir tahun, musim perayaan Krismas serta Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 di Sarawak.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan, kerajaan maklum memang tidak akan campur tangan dalam urusan penetapan harga siling tiket oleh setiap operator penerbangan tempatan itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN