China dan Taiwan akan bersatu - Xi Jinping - Utusan Malaysia

China dan Taiwan akan bersatu – Xi Jinping

JINPING yakin China dan Taiwan akan bersatu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan pemimpin parti pembangkang Taiwan, Cheng Li-wun, di Beijing pada Jumaat, dengan menyatakan kepada delegasi yang melawat itu bahawa beliau sangat yakin rakyat Taiwan dan China akan bersatu.

Li-wun, pengerusi Kuomintang (KMT), merupakan pemimpin pertama parti itu yang melawat China dalam tempoh sedekad. Namun, lawatannya mencetuskan perdebatan di Taiwan dengan pengkritik menuduhnya terlalu pro-Beijing.

China memutuskan hubungan peringkat tinggi dengan Taiwan pada 2016. Ia berlaku selepas Tsai Ing-wen daripada Parti Progresif Demokratik (DPP) memenangi jawatan presiden dan menolak tuntutan Beijing bahawa pulau yang ditadbir sendiri itu adalah sebahagian daripada wilayahnya.

Jinping memberitahu Li-wun dalam pertemuan itu pada Jumaat bahawa trend umum rakyat di Taiwan dan Tanah Besar China semakin rapat, mendekati satu sama lain dan menuju penyatuan tidak akan berubah.

“Ini adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam sejarah. Kami sangat yakin mengenainya,” kata Jinping dalam perbincangan yang dilaporkan oleh media Taiwan.

Beliau turut berkata, China bersedia memperkukuh dialog dengan kumpulan di Taiwan, termasuk KMT, atas asas politik bersama iaitu  menentang kemerdekaan Taiwan.

KMT menyokong hubungan lebih rapat dengan China. Beijing mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan telah mengugut untuk menggunakan kekerasan bagi mengambil alih pulau tersebut.

Li-wun memberitahu Jinping bahawa beliau berharap Selat Taiwan tidak lagi menjadi titik fokus potensi konflik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN