UPNM, ATM usah ulangi kesilapan  - Utusan Malaysia

UPNM, ATM usah ulangi kesilapan 

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan sesekali berkompromi dalam soal jenayah dan kezaliman.”

Itu amaran Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien kepada semua warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merujuk kepada perbuatan jenayah ke atas kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Beliau berkata, keadilan untuk keluarga Allahyarham sudah ditegakkan yang menyaksikan pesalah telah dijatuhkan hukuman selepas mahkamah memutuskan mereka bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian di bawah Seksyen 306 (a) Kanun Keseksaan.

“Kematian Allahyarham Zulfarhan empat tahun lalu amat mendukacitakan. Sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, saya telah arah Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) gantung segera 32 Pegawai Kadet serta nilai semula sistem latihan dan pengurusan pelatih di ALK.

“Saya juga jamin tiada siapa akan dilindungi dan terlepas dari undang-undang. Semalam keadilan ditegakkan yang mana pesalah telah dijatuhi hukuman.

“Ini pengajaran dan peringatan buat semua terutama warga UPNM dan ATM supaya tidak ulangi perbuatan keji ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Mahkamah Tinggi semalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut UPNM setelah didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat pada Zulfarhan, empat tahun lalu.

Allahyarham Zulfarhan kemudian meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Kesemua tertuduh yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi, antara jam 2.30 hingga 5.30 pagi dan dalam bilik 04-10 antara jam 4.45 hingga 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Mahkamah memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan tertuduh pada anggota badan mangsa telah menyebabkan kematiannya namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN